Thursday, April 26, 2012

Kuning

DULU

Dulu pernah aku mendengar katanya pakaian raja-raja adalah kuning, tidak dibolehkan marhaen memakai pakaian kuning,

DULU

Dulu juga pernah juga didendangkan oleh kedua oran tua aku, bahawa juga penyakit kuning itu berbahaya terutama kepada kanak- kanak

DULU

Dulu juga saya meminati kuning, dengar kata psikologis kata nya kuning membawa kepada kemakmuran


DAULAT TUANKU!.....


MOGA 24/4/ 12 ini tuaku tidak murka. kami marhaen

Wednesday, October 19, 2011

pekerja seks*


hina?...
apakah , hina melakukan kerja berkaitan seks?...bukan kah kerja itu ibadah,?

ya adden, memang la kerja itu ibadah tapi, seks?... itu dosa besar!!

lina*, aku bukan nak kerja sangat macam ni tapi, selepas ditingalkan husband aku , dah tak tau nak kerja apa, by the way before ni husband aku kerja( lina pekerja seks)

hina?...
siapa anda , malaikat?, rabbi?... atau utusan tuhan?... korang tahu kenapa manusia melakukan kerja seks?.. sebab apa aku bersurah pasal "kerja seks"...
ini adalah kerana ekonomi, jika tiada tekanan ekonomi tak mungkin semua manusia hanya mahu menjadi hamba wang kertas, untuk apa korang kerja?, jangan kata ibadah.. aku geli ... kalau bukan sebab wang dan insentif aku rasa takda orang nak kerja, mesti semua nak duduk rumah goyang kaki dan duit pun sampai,

persoalan aku pekerja seks itu melakukan kerana ekonomi
donald trump" economy is a blood of nation"

Monday, September 19, 2011

KUASA!

kalau lah kaca itu boleh dipilih dan dimakan aku rela ...
kalau lah batu-bata dan duri boleh juga aku rela....
aku rela... semuanya, aku rela, mati dalam kepekatan malam, jika tasik dan cahaya suram lampu juga mampu mematikan aku. aku rela

RELA
aku mati dari hilang kau dari mata dan senyuman tipis mu
RELA
Aku, rela .. semuanya kerana kau.....
RELA
aku rela....melihat kau berbahagia dari hidup kesusahan dalam diri aku yang tak punya apa- apa

terima kasih hati.

Sunday, July 31, 2011

BOdoH

BODOH.

by Addan Adden on Tuesday, 19 July 2011 at 17:15

bila aku selak kamus hidup aku.

teringat zaman cinta monyet dulu-dulu.

rasa macam bodoh pun ada.

habiskan duit kat topup, beribu jugak aku rasa.

kalau dikumpul, dah boleh beli kamera DSLR dah sekarang ni.

tapi, bila difikirkan.

ada sebab kenapa aku dan kau kena lalui cinta monyet ni.

kena putus dan sambung dulu.

kena habis duit beribu-ribu dulu.

kena nangis-nangis sampai air mata darah dulu.

kena gaduh-baik dulu.

bila dah semakin dewasa, memang menyesal.

penat bercinta dulu-dulu, kalau tahu macam ni jadinya.

biasala

kalau kau dah tahu ending hidup kau memang tak best la.

tak mencabar.

bayangkan kalau kita dah tahu pengakhiran hidup kita.

aku pasti masjid akan penuh.

dan kalau kau punya seorang adik perempuan.

perempuan bukan lelaki.

kau akan cakap dekat adik kau macam ni.

"dik.. x payahla bercinta sekrang, buat penat ja, bek ko putus dengan bf kau...."

konfem adik kau akan diam.

aku pernah cakap kat adik aku macam ni.

then menyesal....

.....................................................................................

tak guna cakap macam tu.

sebab dia pun punya perasaan.

aku, kau dan kau pun macam tu dulu.

even kena tegah banyak kali, buat tak reti je.

sebab perasaan.

apa perasaan kau bila kau tengah seronok-seronok main masak-masak kat luar rumah,

then mak kau panggil balik baca buku.

macam tu juga dengan budak-budak ni.

kita sendiri pernah alami zaman ni.

dan aku faham perasaan adik aku.

aku nak halang, tapi aku tak mampu.

aku nak biar kau rasa dik.

baru kau tahu caturan hidup kau

Sunday, May 29, 2011


derita merindu........
kalau derita merindu itu lebih bahagia dari bercinta aku pilih bahagia..
bait indah.... itu kadang mengkhayalkan.... terzahir ciplak , cinta khayalan terasa entah... bagaimana aku sendiri terduduk dalam atmosfera aku cipta sendiri.... insan bernama wanita menambah... api sekam durjana dalam hati.....setelah berhempas pulas menyemai.... benih - benih kuasa elektrik cinta kau ... kau mati kan aku dengan elektron- elektron kecil kata- kata sundalan kiasan, apa lagi harus sahaya ini lakukan untuk memenangi hati seorang makhluk aneh" wanita" entah.. tak terzahir lagi aku......kadang- kadang aku benci makhluk berdada besar ini... dengan mudah sayang... dan dengan mudah benci.... harus ditingalkan..?? . setelah... semua apa yang dimahui aku turuti.......
benar kata bidalan cinta itu magis.... datang dan pergi mengikut angin......

Wednesday, May 18, 2011


semalam yang hangat.
terkesima sekejap.. melihat betapa pogresif nya wajah mu....
tatkala kau duduk.... menghadap aku.... terasa dari bayu mana datang hinggap wajah di tengah kuala lumpur ini....manakala berkata sedikit picisan hati " oh cantik kau" dikurniakan wajah secantik bidadari tuhan... langkah tidak sedikit sumbang dalam perjalanan, berdetak puisi cinta digendangkan telinga. aku terduduk... sayang dan cinta boleh datang dan pergi dalam sesaat

Tuesday, May 17, 2011


pagi,hutan di kuala lumpur........

seperti biasa...... rakyat malaysia, aku bangun dan menghambakan diri sepenuh masa terhadap keabadian perkerjaan...aku paham kesesakan penghadang bewarna tiga amaran itu... kadang- kadang menyesakan keadaan,kerenah penduduk bumi malaysia dan rakyat- rakyat negara di atas awan.... menjerihkan dan memenatkan.tapak kaki harus dikuak dan dijalankan sistem motor nya sedaya.... tiada apa yang diharapkan selain aku.sesunguhnya aku tahu kuasa nota beringgit kadang- kadang mampu mengubah manusia menjadi makhluk yang amat hipokrasi terhadap diri sendiri